i tak suka kuning
aku tak faham apa sebernanya bersih ni. sbb aku tak minat bab2 politik. just amek tau pasal perkembangan semasa negara tu bole la. tak nak la aku sesakkan kepala otak aku dgn politik yg saling tak puas hati antara satu sama lain.
ok, pasal bersih ni, yg aku tak faham dgn kerajaan ni sbb apa tau? dia dah ckp ini perhimpunan haram, tp sbb nak puaskan hati semua pihak, PM kita, bg jugak adakan. tp tak yah la pggl perhimpunan HARAM dah sbb dah diapprovekan even benda ni utk jaga kepentingan masing2. pastu, dah bg buat tp knp masih ada polis, FRU bagai? diorang pergi bukan nak buat kecoh sgt pon. diorang nakkan keadilan rakyat.kalo nak buat kecoh, tak da la diorang bgtau tarikh nak buat perhimpunan kan? masalahnya skrg ni, encik2 polis dan FRU tu over the rainbow sgt,, sbb tu nmpak macam BERSIH ni huru-hara. ni pendapat aku laa.
lagi 1, yg peniaga2 tu tak yah la chong (bahasa kedah maksud tipu) rugi sampai berjuta2. adoyai. tu pon over the rainbow gak la tu. memang BERSIH ni ganggu diorang cari rezeki, tp agak2 la kan nak gebang.
next, pasal wartawan tv3 yg buat liputan pasal BERSIH. dah korang sendiri kategorikan benda ni sbg perhimpunan HARAM, pastu sebok2 buat liputan kena baling batu, baling macam2. memang patot la. tu dah tahap mcm org bz bodi dah tu. kot ya pon nak buat liputan, tak yah la bg diorang nampak. diorang nmpak, memang la marah then U kena baling macam2. kenapa la tak fikir dgn BIJAK diorang ni? ish5.
pastu, pasal hadi awang dgn anwar ibrahim p join BERSIH. haaa, tu lg 1 masalah.bukan apa, memang la mereka2 ni drpd parti pembangkang. tp kenapa mesti libatkan diri dgn BERSIH ni? aku bukan nak racist sgt, tp dah sah2 la bersih ni ditubuhkan oleh AMBIGA (non-muslim), pastu tuntut benda pelik2. hmmm, ntah la. kome pikio la sendiri mana baik mana buruk.
aku tak sokong mana2 pihak, tp aku memerhati cuma, kedua2 pihak pembangkang dan kerajaan. semoga mereka berjaya dalam apa jua cara tanpa membebankan hidup rakyat.
peace no war ^_^